Apa itu Institut Pendidikan Guru?

Institut Pendidikan Guru merupakan salah satu universiti awam di Malaysia. Ia merupakan sebuah pusat latihan yang akan menempatkan para pelajar untuk belajar dalam bidang pendidikan dan diserap masuk ke sekolah rendah di sekitar Malaysia. Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengekendalikan IPG. IPGM berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan bukan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Bidang yang ditawarkan dalam IPG ialah bergantung kepada subjek yang diperlukan oleh guru-guru di sekolah. Namun, subjek bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama merupakan subjek yang akan sentiasa dibuka setiap kali pengambilan pelajar baru. Dalam IPG, terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan selain subjek teras iaitu bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, Sejarah, Pendidikan Moral, Seni, Muzik dan Pendidikan Jasmani. IPGM juga mempunyai pelbagai program seperti Program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) program ini setaraf dengan matrikulasi dan pra universiti(bagi lepasan SPM), Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (bagi lepasan PPISMP), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (bagi lepasan Ijazah).

Terdapat 27 IPG yang masih diteruskan di seluruh Malaysia. Elaun yang diperuntukkan kepada pelajar ialah sebanyak 430 setiap bulan. IPG menggunakan peraturan AKTA 174 untuk mengawal disiplin pelajar. Setiap kampus mempunyai seorang pengarah dan peraturan setiap kampus berlainan antara satu sama lain.

Logo IPG telah berubah dari masa ke masa, logo IPG yang terbaru ialah seperti gambar dibawah:




Popular posts from this blog

Gaduh Ngan Kaww .

Sekolah Ku ! SKS ! Syg SKS